Sam Rockwell
Sam Rockwell

Sam Rockwell

Samuel Rockwell (lahir 5 November 1968) ialah seorang pelakon lelaki Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan peranan utama dalam Lawn Dogs (1997), Confessions of a Dangerous Mind (2002), Matchstick Men (2003), The Hitchhiker's Guide to the Galaxy (2005), Moon (2009), Seven Psychopaths (2012), Mr. Right (2015) dan Richard Jewell (2019). Beliau juga menjayakan watak pembantu dalam The Green Mile (1999), Galaxy Quest (1999), Frost/Nixon (2008), Iron Man 2 (2010), Conviction (2010) dan The Way, Way Back (2013). Beliau juga terkenal dengan watak "Head Thug" dalam Teenage Mutant Ninja Turtles (1990). Pada tahun 2017, persembahan Rockwell sebagai pegawai polis bermasalah dalam filem jenayah Three Billboards Outside Ebbing, Missouri memenanginya Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.[1][2][3][4] Beliau telah dinamakan dalam kategori yang sama tahun berikutnya untuk watak George W. Bush lakonannya dalam satira politik Vice. Pada tahun 2019, beliau mmegang watak Bob Fosse dalam siri mini biografi FX Fosse/Verdon, mendapatkannya sebagai pencalonan untuk Anugerah Emmy Primetime untuk Pelakon Utama Cemerlang dalam Siri Terhad.

Rujukan

WikiPedia: Sam Rockwell http://www.moviesonline.ca/2013/07/sam-rockwell-ma... http://www.allmovie.com/cg/avg.dll?p=avg&sql=60946 http://ibdb.com/person.php?id=%7B%7B%7Bid%7D%7D%7D http://www.imdb.com/name/nm0005377/ http://tcmdb.com/participant/participant.jsp?parti... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p23612532X http://awards.bafta.org/award/2018/film/supporting... http://isni.org/isni/0000000078234799 https://nla.gov.au/anbd.aut-an41883602